Assalamualaikum, mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni, seorang Ustaz yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan anak-anak muda.. Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir..
Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan
Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz? Apakah yang dilakukannya? mari baca
sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang dipetik
dari Facebook..
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band
muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa
persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan
untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja
menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu
dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa
waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu
bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan
program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan
Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun
1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting
batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara
bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi
mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh
belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama
5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara
daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini
belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin
menjadi sepertinya juga.
0 Response to "Inilah Ustaz Azhar sebelum bergelar Pendakwah.. PASTI AKAN MEMBUATKAN ANDA SEMUA TERKEJUT!! Memang tak sangka.."
Post a Comment