PYONGYANG: Berkaitan isu sokongan kuat Amerika Syarikat (AS) menjadikan Jerusalam atau Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, Korea Utara tidak duduk diam.
Berdasarkan masa yang sesuai, Korea Utara mengambil peluang mengecam tindakan “sengaja” dan “sembrono” AS memberi kelebihan kepada Israel menjadikan Jerusalam sebagai ibu negara.
Amerika Syarikat pada masa yang sama, menangguk di air keruh memperteguh keputusan tersebut dengan membuat kata putus memindahkan kedutaan besarnya ke Jerusalem.
Pada Sabtu melalui media kerajaan Korean Central News Agency (KCNA), Korea Utara mengecam keras AS yang terkenal sebagai seteru ketatnya dalam pertelingkahan kuasa nuklear dan peluru berpandu dunia.
Hubungan Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un memanas beberapa bulan terakhir berkaitan isu peluru berpandu dan nuklear.
Korea Utara menurut AFP, kini sebaris dengan negara penentang AS dan Israel mengkritik kelantangan Donald Trump yang dianggap sembrono dan jahat mengaku Jerusalem, kota tiga agama itu sebagai milik Israel yang sah.
“Presiden Donald Trump memiliki mental yang tidak baik, maka dia menyeru penghancuran total sebuah negara berdaulat. Tindakan ini sama sekali tidak mengejutkan,” kata Kementerian Luar Korea Utara.
AS bukan sahaja disifatkan oleh Korea Utara sebagai perosak perdamaian dan keamanan dunia, bahkan “sampah” dan pihak yang kejam kepada masyarakat antarabangsa.
Korea Utara turut menyatakan sokongan kuat dan solidaritinya kepada rakyat Palestin, negara Arab serta umat Islam yang berjuang untuk mendapatkan hak sah mereka.
“AS akan dimintai pertanggungjawaban atas semua konsekuensi tindakan nakal dan jahat mereka,” kata kenyataan Korea Utara. – Sarawakvoice
0 Response to "Isu Baitulmaqdis: Korea Utara kutuk AS-Israel, sokong Palestin, dunia Islam"
Post a Comment