Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, ia juga budaya kafir dan tidak harus menjadi ikutan terutama kepada golongan muda beragama Islam.
"Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah. Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?" ujarnya
"Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Harussani mengulas perhimpunan kira-kira 100 peminat ahli kumpulan SHINee, Jong-Hyun yang berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada Jumaat untuk memperingati pemergian penyanyi kesayangan mereka itu.
Foto: Awani |
Mereka yang meratapi sambil memberi penghormatan terakhir ke atas selebriti Korea yang mati akibat bunuh diri. Peminat yang hadir kebanyakkanya dari kawasan Lembah Klang yang tidak kira bangsa dan agama.
Rata-rata yang berkumpul dilihat membawa bersama lilin dan belon sebagai tanda simbolik pemergian penyanyi kumpulan SHInee itu.
Menurut Dr Harussani lagi, banyak lagi aktiviti dan perkara yang berfaedah boleh dilakukan berbanding meratapi pemergian artis yang mati kerana bunuh diri.
Pada Ogos lepas, Harussani dinobatkan Tokoh Ulama Sepanjang Zaman dalam Majlis Perdana Ulama-Umara dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sumber: Astro Awani
0 Response to ""Umat Islam Haram Ikut Aksi Berkabung Dengan Lilin," Mufti Perak Jawab Isu Sekumpulan Remaja Berkabung Atas Kematian Artis Korea"
Post a Comment