(Video) Laungkan Azan Setiap Hari Didepan Ayah Terlantar, Harap Ayahnya Cepat Sembuh


26 Jan - Usaha seorang anak lelaki berusia 11 tahun yang melaungkan azan setiap hari sejak tiga tahun lalu untuk bapanya yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya sangat menyentuh hati.

Adik Raden Nabil Zakiyudin R Zakarian, 11, atau lebih mesra disapa Nabil menjadikan laungan azan sebagai salah satu usaha untuk merawat ayahnynya, R Zakariya R Abdul Hamid, 51, yang mengalami kerosakkan saraf selepas dilanggar sebuah kereta.

Menurut Nabil, usahanya melaungkan azan tidak setanding dengan pengorbanan bapanya yang telah membesarkan beliau selama ini.

Rutin harian itu dikatakan akan dilakukan oleh Nabil setiap kali dia pergi dan pulang dari sekolah dengan harapan ayanhnya akan sembuh dan menemaninya solat berjemaah di masjid yang terletak di depan rumahnya.

Nabil adalah anak bongsu dari empat adik-beradik, sebelum ini dia kerap diberi tanggungjawab oleh jemaah masjid untuk melaungkan azan dan beliau juga pernah mendapat tempat ketiga pertandingan laungan azan anjuran Masjid Jami'il Huda, Kampung Melayu Ampang.


“Sebelum melaung azan di masjid, saya akan berlatih di depan ayah terlebih dulu dengan pelbagai taranum (lagu) bagi melancarkan bacaan di masjid.

“Walaupun ayah tidak boleh bercakap dan bergerak namun lirikan matanya cukup untuk menguatkan semangat sebelum ‘memanggil’ orang ramai solat berjemaah,”
 katanya kepada Harian Metro

Murid Sekolah Rendah Islam Ilmi, Taman Rasmi Jaya itu berkata, dia faham pergerakan mata bapa selepas laungan azan, mungkin dendangan ayat suci itu mampu menenangkan jiwa serta terapi rohani untuk bapanya segera pulih.

“Saya mahu ayah cepat sembuh dan menemani saya solat di masjid setiap hari seperti sebelum ini. Saya rindu untuk solat berjemaah dengan ayah.



“Apa yang saya harapkan kini adalah ayah sembuh dan menjalani kehidupan normal. Saya tidak akan berhenti melaungkan azan dan membaca kalimah suci al-Quran untuk menyembuhkan ayah,”
 katanya yang bercita-cita mahu menjadi seorang pendakwah.

Nabil juga berharap netizen dapat bersama-sama mendoakan ayahnya agar cepat sembuh dari penyakitnya dan dapat melihat Nabil mecapai impiannya sebagai pendakwah.

“Dulu saya akan ke masjid bersama ayah setiap waktu untuk solat berjemaah. Ayah berpesan jika solat jemaah di masjid, Allah SWT menggandakan 70 kali ganda pahala berbanding solat bersendirian,” katanya.

Anak sulung R Zakariya, Raden Muhamad Nafis Zaki, 27, berkata, bapanya yang bekerja sebagai seorang kontraktor terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Petaling Jaya.

Abang sulung kepada Nabil
“Ayah menunggang motosikal dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta sebelum doktor mengesahkan urat saraf tidak lagi berfungsi.
“Saya terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori demi membantu ayah yang sudah tidak mampu bergerak. Kalau bekerja mungkin majikan tidak suka kerana terpaksa selalu mengambil cuti untuk bawa ayah berubat,” katanya.
Menurut Nafiz, sejak kemalangan itu berlaku sudah tiga tahun beliau tidak tidur di waktu malam kerana bapanya perlu diawasi dengan lebih rapi terutamanya ketika tiub di lehernya itu tercabut.

“Saya perlu berkorban untuk ayah demi menjaga dia lebih sempurna, saya akan mengambil alih tugas menjaga ayah sebelah malam daripada ibu dengan memberi susu setiap 12 tengah malam dan 4 pagi.

“Terima kasih kepada yang mendoakan ayah sembuh dan kami menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor iaitu bekalan susu,” 
katanya yang boleh dihubungi di talian 01121916258.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "(Video) Laungkan Azan Setiap Hari Didepan Ayah Terlantar, Harap Ayahnya Cepat Sembuh"

Post a Comment