ISU PALESTINE.. Presiden AS, Donald Trump Ugut Negara-Negara Yang Mengecam AS Dan Sokong Palestine

Sokong resolusi PBB tak iktiraf Baitulmaqdis, Trump ugut tarik bantuan

MEMANG agak menyakitkan hati dan geram mendengar kenyataan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkenaan isu Baitulmaqdis.

Mentang-mentanglah AS merupakan kuasa dunia, sesuka hati buat apa sahaja. Terbaharu, Trump mengugut untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang menyokong draf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu Baitulmaqdis.
Draf resolusi itu mendesak AS menarik balik keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Jadi sesiapa sahaja yang menyokong, dapatlah balasannya.
“Mereka ambil ratusan juta AS dolar, malah berbilion dolar daripada kita dan kini menentang kita.
“Ingat, kami memerhatikan undian itu. Biar mereka undi menentang kita, ia akan menjimatkan kita, kita tidak peduli,” kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih.
Sejumlah 193 anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) dijadual mengadakan sesi tergempar, hari ini berhubung pengiktirafan AS itu, selepas negara berkenaan menggunakan kuasa veto pada peringkat Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Dalam sepucuk surat, wakil khas Washington, Nikki Haley, Selasa lalu, memberi amaran kepada negara anggota bahawa beliau akan menghantar laporan kepada Presiden Donald Trump.
Beberapa diplomat kanan berkata, amaran Haley tidak mungkin akan mengubah banyak undi di UNGA.
Malah, sebahagian diplomat menyifatkan amaran itu lebih kepada cubaan untuk mengumpan pengundi AS.
Presiden UNGA, Miroslav Lajcak, enggan mengulas lanjut kenyataan Trump itu, namun menekankan bahawa ia adalah hak dan tanggungjawab anggota untuk menyatakan pandangan mereka. –KLICK.MY

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ISU PALESTINE.. Presiden AS, Donald Trump Ugut Negara-Negara Yang Mengecam AS Dan Sokong Palestine"

Post a Comment