Kes Pembunuhan Di Stesen Minyak Taman Pelangi, Chef Wan Kritik Kerana Orang Awam Cuma Jadi Penonton


19 Dis - Chef selebriti terkenal di Malaysia, Chef Wan dalam satu tulisannya di laman Instagram mengkritik tindakan orang awam yang tidak membantu malah hanya melihat sahaja kejadian kes pembunuhan secara terbuka di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru baru-baru ini.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuan Ismail telah memuat naik satu video yang menunjukkan rakaman kejadian tersebut di laman instagram beliau. 

Beliau dalam tulisan itu melahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak menolong mangsa dan hanya melihat sahaja kejadian itu berlaku.


Dalam status tersebut Chef wan berkata,

"Sakit hati tengok video yang viral pagi ni, seorang lelaki dibunuh. Apa yang lebih menyedihkan dan kesian adalah tiada siapa pun yang mahu membantu menyelamatkan nyawa lelaki tersebut. Apa akan jadi dengan rakyat Malaysia bila berlaku kekejaman yang tidak bertanggungjawab seperti itu. 

Rakam kejadian itu juga membantu pihak polis. Walaubagaimana pun, untuk kes ini dah terlambat. Jika keluarga kita atau kita sendiri mati katak macam tu bagaimana?

Apa yang terjadi sangat menyedihkan sebab tiada siapa yang ingin membantu. Juga bagaimana seseorang bertindak dalam situasi tersebut tanpa membahayakan diri kita. Saya harap ada yang menelefon pihak polis dengan segera."



Kata-kata Chef Wan itu telah mendapat komen dan reaksi yang berbeza dari netizen yang memberikan pandangan terhadap kritikan Chef Wan itu.

"Kejadian itu berlaku sangat pantas. Saya rasa semua yang tengok kejadian itu terkejut dan panik. Nak tolong pun ragu-ragu sebab penjenayah itu bersenjata." - Serena Raif

"Nak tolong? Siapa berani nak tolong? Silap-silap sendiri yang kena tikam. Ingat lagi seorang lelaki ditikam mati kerana cuba menangkap peragut. Apa yang berlaku pada anak dan isterinya sekarang? Siapa yang menyara keluarga dia?" - Akula Isham

"Saya yaki pasti ramai yang terdetik rasa ingin membantu dan ada yang telah menghubugi polis. Tetapi mereka lebih memikirkan keselamatan diri terlebih dahulu. Chef Wan patut lebih rasional bila berkata-kata," - Mohd Amran Idris

Terdahulu, seorang lelaki telah dibunuh dengan kejam di sebuah stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru baru-baru ini yang mana video kejadian tersebut telah tular di laman sosial. Kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis,

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kes Pembunuhan Di Stesen Minyak Taman Pelangi, Chef Wan Kritik Kerana Orang Awam Cuma Jadi Penonton"

Post a Comment