(VIDEO) Tunjuk Perasaan Di Semenanjung Gaza, 4 Orang Rakyat Palestin Ditembak Mati


16 Dis - Tentera rejim Zionis cetus kekcohan lagi apabila menembak mati empat warga Palestin dan mencederakan 150 orang lagi dalam pertempuran tunjuk perasaan susulan keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Lebih seribu penduduk Palestin berkumpul untuk mengecam sambil melemparkan batu kepada tentera Israel dari luar tembok pemisah dan kebanyakkan yang terkorban berada di sempadan Gaza.


Menurut pasukan perubatan, antara mereka yang terbunuh dalam protes yang memasuki minggu kedua itu, termasuk seorang penduduk berkerusi roda.

Tiga terkorban dalam pertempuran dengan tentera, manakala seorang lagi ditembak mati selepas menikam salah seorang pegawai polis Israel.

Keputusan yang dibuat oleh Presiden Amerika, Donald Trump nyata mengejutkan dan membangkitkan api kemarahan umat Islam serta reaksi berbaur emosi seluruh masyarakat dunia.

Seluruh dunia telah menganjurkan pelbagai tunjuk perasaan dan bantahan dilaungkan bagi membantah keputusan yang dianggap akan menyemarakkan lagi krisis di Asia Barat.

Sebelum ini, dua warga Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Zionis sementara dua pejuang Hamas turut terkorban dalam serangan udara di Semenanjung Gaza.


Sumber: Al Jazeera

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "(VIDEO) Tunjuk Perasaan Di Semenanjung Gaza, 4 Orang Rakyat Palestin Ditembak Mati"

Post a Comment